Barang lebih murah lepas sifar GST diperkenal - Berita Semasa | mStar

Barang lebih murah lepas sifar GST diperkenal

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2018 8:39 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KEBANYAKAN orang awam berpendapat harga barangan terutamanya barang keperluan harian menjadi semakin murah apabila kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa hari ini.

Orang awam yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan berpuas hati apabila mendapati harga barang turun selepas membeli-belah di kedai runcit dan pasaraya.

Pesara kerajaan, Abdul Rahman Markam, 75, berkata, penurunan harga barang tersebut lebih dirasai apabila membeli dalam kuantiti yang banyak.

“Hari ini saya beli barangan seperti sabun pencuci, biskut, beras, minyak masak dan pelbagai lagi barang keperluan dapur, memang rasa lebih murah berbanding harga sebelum ini.

“Ada satu jenama biskut yang saya selalu beli, sebelum ini harganya dalam RM3.90, tapi hari ini tinggal RM3.70. Mungkin bila pengguna beli barang dalam jumlah harga RM10 tak rasa penurunan, tapi bila beli dalam jumlah yang besar, memang akan rasa kurang dalam jumlah yang banyak,” katanya.

Menurutnya, penurunan harga barangan itu mampu mengurangkan beban orang awam terutamanya menjelang musim perayaan tidak lama lagi dan menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

Pekerja swasta, Hairul Suman, 34, berkata, barangan yang dikenakan GST 6 peratus sebelum ini mengalami sedikit penurunan harga berbanding sebelum ini.

“Memang harga turun, barang yang orang ramai selalu beli seperti roti dan sardin dalam tin saya lihat turun beberapa sen.

“Contohnya harga roti jenis ‘cream roll’, sebelum ini 90 sen, tapi hari ini dah jadi 85 sen satu, harga kurang dalam lima sen. Walaupun kurang sedikit sahaja, tapi beri kesan kepada pembeli yang membeli dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Katanya, dia bersetuju apabila harga barangan turun harga terutamanya menjelang Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: GST
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan