Bonda Sultan Johor mangkat - Berita Semasa | mStar

Bonda Sultan Johor mangkat

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2018 9:02 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Bonda Sultan Johor Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, 83, telah mangkat semalam di London.

Berita kemangkatan itu disahkan Johor Royal Press Office (RPO) sebentar tadi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Enche'Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor telah mangkat di London, kenyataan mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor,” menurut kenyataan ringkas RPO.

Adinda Sultan Johor, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengesahkan kemangkatan itu menerusi laman ciapan baginda pada Sabtu.

"Innalillahwainnailaihirojiun...ibu saya Hajah Khalsom baru kembali ke rahmatullah...al-Fatihah," catat Tengku Puan Pahang.  

Laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut memuat naik ucapan salam takziah atas kemangkatan bonda baginda.

Manakala laman Facebook Johor Southern Tigers pula memuat naik catatan: "Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1hb Jun 2018. Al-Fatihah". - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan