Lapor kepada KPDNKK jika kena GST - Berita Semasa | mStar

Lapor kepada KPDNKK jika kena GST

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2018 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis mengingatkan pengguna supaya memantau harga barangan dan melaporkan segera kepada pihaknya jika masih dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarahnya, Khairul Amin Talib berkata pihaknya juga akan turun padang bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan ke atas pengguna berikutan kerajaan telah memansuhkan GST.

“Kita beri tempoh sebulan kepada peniaga-peniaga di negeri ini untuk melaksanakan kadar baharu ini dan diharapkan pengguna menggunakan kuasa mereka dan memastikan tiada barang dikenakan GST,” katanya kepada pemberita selepas Op Catut 4.0 bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar di sebuah pasaraya di sini, Jumaat

Katanya, peniaga yang sengaja mengenakan GST pada kadar enam peratus selepas ini akan dikenakan tindakan tegas dan boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Beliau berkata pengguna juga dinasihatkan terus melaporkan kepada KPDNKK dengan menghubungi talian 04-979500 atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU.

Dalam perkembangan lain, katanya bekalan barangan keperluan asas di negeri ini dijangka mencukupi sehingga menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.- Bernama

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , GST
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan