Awas nombor akaun palsu THM - Berita Semasa | mStar

Awas nombor akaun palsu THM

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2018 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa poster dana Tabung Harapan Malaysia (THM) yang mengandungi nombor akaun palsu tersebar di media sosial.

Salah satu poster itu yang mirip poster rasmi THM yang dimuatnaik dalam laman Facebook Kementerian Kewangan disebarkan menerusi WhatsApp.

Namun ia mengandungi nombor akaun palsu yang tidak wujud.

Nombor akaun rasmi THM adalah 5660 1062 6452.

Nombor akaun Maybank itu dengan nama pemegang akaun yang disenaraikan sebagai 'Tabung Harapan Malaysia'.

Hanya sumbangan dalam bentuk ringgit sahaja akan diterima.

Mereka yang memasukkan wang ke akaun tersebut dinasihatkan supaya memeriksa nombor dan nama pemegang akaun sebelum mengesahkan transaksi.

Pada Jumaat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan sejumlah RM7 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 24 jam tabung itu dilancarkan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan tabung itu pada Rabu untuk menerima sumbangan daripada rakyat yang mahu membantu kerajaan mengurangkan bebanan hutang negara.

Pada minggu lalu, Guan Eng berkata hutang negara kini mencecah RM1 trilion, angka lebih tinggi berbanding diumumkan kerajaan terdahulu.

Tags / Kata Kunci: THM , poster palsu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan