Banjir kilat landa Bintulu ketika cuti balik kampung sambutan Hari Gawai - Berita Semasa | mStar

Banjir kilat landa Bintulu ketika cuti balik kampung sambutan Hari Gawai

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2018 3:21 PM

Kereta terkandas di Kog Tubau Bintulu di utara Sarawak kerana dilanda banjir pagi ini. - Bomba

(Ubah saiz teks)

MIRI: Rakyat Malaysia yang bercuti balik kampung untuk meraikan sambutan perayaan tahunan Hari Gawai (Dayak) terjejas oleh banjir kilat yang melanda Kg Tubau di daerah Bintulu, di utara Sarawak.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11 pagi Khamis itu menjejaskan beberapa kawasan kampung dan jalan yang menghubungkan kawasan tersebut kerana ditenggelami air kira-kira 1.5 meter, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak.

Jabatan itu berkata, hujan lebat yang berlaku pada Rabu bermula lewat malam hingga awal pagi telah menyebabkan banjir kilat.

Setakat ini, tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Sementara itu pasukan bomba sentiasa berjaga-jaga dan memantau keadaan.

Mereka yang terkandas berlumba untuk pulang menyambut Hari Gawai yang jatuh pada 1 Jun.

Tags / Kata Kunci: banjir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan