Sirul dakwa akan 'dibunuh di penjara' jika pulang ke Malaysia - Berita Semasa | mStar

Sirul dakwa akan 'dibunuh di penjara' jika pulang ke Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2018 9:02 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar mendakwa dia mungkin akan dibunuh di penjara jika pulang ke Malaysia.

"Singh (Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh) mahu saya menjalani hukuman penjara seumur hidup, saya tidak mahu pulang, orang ramai mengatakan 'Jangan beri pengampunan', saya akan dibunuh di penjara," katanya kepada akhbar harian British, The Guardian.

Sirul  merujuk kepada Singh yang sebelum ini mengatakan bahawa jika Sirul menjalani hukuman penjara seumur hidup ia dianggap sebagai penghinaan terhadap memori model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

The Guardian juga melaporkan bahawa Sirul berkata dia tidak pernah mengaku membunuh Altantuya dan dia bukan orang terakhir yang melihatnya.

Dia mendakwa bahawa Azilah Hadrim yang menjadi teman lelakinya ketika itu, telah membuat alibi dan memberitahu mahkamah bahawa Sirul adalah orang terakhir yang dapat dilihat dengannya.

"Saya bukan orang yang jahat, tetapi kes itu membuatkan saya buruk," katanya.

Pada tahun 2009, Sirul dan Azilah didapati bersalah kerana membunuh Altantuya dan dihukum mati.

Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman mereka pada tahun 2013 tetapi ketika rayuan pendakwaan dibuat, hukuman mati telah dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul kemudian melarikan diri ke Australia dan dia ditahan oleh Imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah kepadanya.

Dia berada di pusat tahanan sejak tahun 2015 dan  berharap dapat diberikan suaka.

Tags / Kata Kunci: Sirul Azhar , Altantuya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan