Isa Samad letak jawatan pengerusi SPAD - Berita Semasa | mStar

Isa Samad letak jawatan pengerusi SPAD

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2018 5:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Isa Samad telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Katanya, Isa telah menghantar surat peletakan jawatan itu pada Isnin 29.

"Isa Samad telah meletak jawatan, ia berkuat kuasa serta-merta," katanya semasa sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, Rabu.

Pada mesyuarat minggu lalu, Loke memberi tempoh seminggu kepada Isa untuk meletak jawatan sebagai pengerusi SPAD.

"Saya harap sebagai bekas menteri, dia boleh melakukan perkara terhormat dan meletakkan jawatan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan SPAD akan dimansuhkan dan tanggungjawabnya akan diambil alih kementerian itu.

Tags / Kata Kunci: Isa Samad , SPAD
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan