Wan Azizah terkejut gosip Izzah dengan Agong - Berita Semasa | mStar

Wan Azizah terkejut gosip Izzah dengan Agong

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2018 2:10 PM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menangkis dakwaan anaknya Nurul Izzah Anwar akan dijodohkan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

“Astagfirullahaladzim. Jangan percaya khabar angin,” kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau dilihat mengurut dada dan terkejut dengan soalan berkenaan namun mampu tersenyum ketika ditemui media selepas melawat Rumah Ehsan di  Kuala Kubu Bharu dekat sini, Selasa.

Nurul Izzah, yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum ini dilapor menafikan berita itu yang tular di media sosial.

Pada Khamis lepas, Dr Wan Azizah bersama suaminya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis menerima menghadap  bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu.

Ia kunjungan sulung Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR ke Kelantan selepas mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , Wan Azizah , Sultan Kelantan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan