Cuci pinggan air kotor kerana pekerja baharu tak boleh diterima! - Berita Semasa | mStar

Cuci pinggan air kotor kerana pekerja baharu tak boleh diterima!

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2018 10:24 PM

Paparan skrin daripada video yang menunjukkan beberapa orang pekerja membasuh pinggan menggunakan air kotor yang bertakung.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jijik dan memualkan. Itulah yang dirasakan apabila menonton paparan video menunjukkan beberapa pekerja di sebuah restoran di ibu negara sedang mencuci pinggan menggunakan air yang kelihatan kotor dan bertakung.

Video yang berdurasi 30 saat tersebut merakamkan pekerja dipercayai dari sebuah restoran di Bangsar sedang mencelup pinggan di dalam air kotor tanpa membilasnya sebelum terus menyusunnya di satu sudut.

Rakaman yang dilakukan secara sembunyi oleh individu yang tidak dikenali itu dipercayai dirakam dari arah atas sebuah bangunan berhampiran.

Sejak ia dimuat naik pada petang Selasa, video itu tular sehingga ditonton lebih 263,000 kali dan mendapat 8,234 perkongsian.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen, termasuklah meminta agar restoran tersebut ditutup.

Antara komen netizen berhubung video tersebut.

Seorang netizen, Ramanathan Ramasamy berkata: "Tolong tutup cawangan ini. Harap pihak berkuasa boleh ambil tindakan pantas."

Sementara itu Shahme Malek pula berkata, sekiranya pinggan dibasuh dengan cara itu, dia tidak dapat membayangkan bagaimana makanan dibersihkan.

"Malas nak cakap takut jatuh fitnah. Jadi, renungkanlah... kedai pun berlambak lagi, tidak kebulur pun tak dapat (makan) kedai m***k," katanya.

Manakala Devan Dev pula mengajak orang ramai untuk memboikot restoran tersebut dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap kerana mencuci pinggan menggunakan air kotor.

Beberapa jam selepas video tersebut tular, pihak pengurusan restoran tersebut pantas membuat permohonan maaf di atas perbuatan kakitangan yang didakwa baru diambil bekerja di restoran berkenaan.

Permohonan maaf oleh pihak restoran Raj's Banana Leaf.

"Kepada pelanggan, kami ingin memohon maaf di atas insiden malang oleh pekerja baharu kami di cawangan Bangsar, baru-baru ini.

"Perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini dan tidak sewajarnya berlaku.

"Kami ingin menjamin bahawa Raj's Banana Leaf sentiasa melepasi pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara berkala.

"Kami amat kesal di atas tindakan kakitangan baharu kami dan memahami ia tidak boleh diterima," menurut kenyataan itu.

Netizen mendakwa alasan yang diberikan pihak restoran tidak boleh diterima.

Susulan kejadian itu, restoran Raj's Banana Leaf cawangan Bangsar menawarkan sajian 'Buka Puasa' secara percuma pada Khamis, bermula pukul 7.30 hingga 9.30 malam.

Bagaimanapun, seorang netizen, Rjuna Rjuna berpendapat alasan yang diberikan pihak pengurusan restoran adalah tidak boleh diterima.

"Setiap pekerja atau pengendali makanan sebenarnya perlu hadiri kursus pengendali makanan dan mereka akan diajar mengenai aspek kesihatan.

"Setiap restoran terutama restoran besar akan ada penyelia dan pengurus mereka yang akan memantau kerja pekerja, jadi dalam hal ini, restoran gagal dalam aspek pemantauan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Raj's Banana Leaf
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan