Nurul Izzah tepis khabar angin perkahwinan diraja - Berita Semasa | mStar

Nurul Izzah tepis khabar angin perkahwinan diraja

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2018 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar menafikan mesej palsu yang diedarkan di media sosial yang mengatakan beliau akan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketika dihubungi melalui WhatsApp pada Isnin, naib presiden PKR itu menolak dakwaan tersebut dan berkata ada perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian.

"Tolong abaikan berita palsu yang disebar. Terima kasih.

"Marilah kita semua memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang ada  - menyelamatkan ekonomi Malaysia," katanya.

Pada Khamis lepas (24 Mei), ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama untuk Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ia adalah pertemuan tertutup yang berlangsung selama sejam.

Walau bagaimanapun, mesej tular itu memutar fakta dan mengatakan bahawa Anwar dan Wan Azizah telah bertemu dengan Raja untuk membincangkan perkahwinan.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , Sultan Kelantan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan