Kerajaan PH macam tempe, pagi kacang, esok naik kulat - Zahid - Berita Semasa | mStar

Kerajaan PH macam tempe, pagi kacang, esok naik kulat - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2018 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kerajaan baharu Pakatan Harapan yang didakwa tidak konsisten dalam memberikan fakta sekali gus menyamakannya dengan tempe.

Naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden itu berkata, sehingga kini tiada satu pun janji yang dibuat mereka dapat dilaksanakan walaupun banyak yang dijanjikan sebelum menang Pilihan Raya Umum ke-14.

"Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

"Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga.

"Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

"Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya 'domestic debt' iaitu pinjaman dalam negara, ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara," katanya memetik umno-online.

Beliau berkata demikian dalam program berbuka puasa bersama ketua-ketua penerangan Bahagian Umno, Ahad.

Zahid berkata kerajaan baharu juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

"Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh.

"Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh.

"Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat," kata beliau.

Beliau berharap semua ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan.

Tags / Kata Kunci: Zahid Hamidi , kerajaan tempe
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan