Isu kenaikan harga barang dibincang Kabinet Rabu ini - Berita Semasa | mStar

Isu kenaikan harga barang dibincang Kabinet Rabu ini

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2018 8:33 AM

Salahuddin Ayub.

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Isu kenaikan harga barang ketika ini akan dibincangkan di Kabinet, pada Rabu ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Salahuddin Ayub berkata, beliau difahamkan terdapat pihak yang masih mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seperti jualan daging.

"Sebagai mana saya difahamkan, Fama contohnya, memberi keizinan ‘recommendation’ harga jualan daging tempatan RM30 hingga RM33 sekilo.

"Tetapi ada peniaga menjual sampai RM36 dan RM40 pun ada… Ini yang kita kena lihat, takut ada kumpulan yang sabotaj terhadap isu harga barang termasuk ikan," katanya.

Menurutnya, hal ini dipercayai berlaku kerana tiada menteri bertanggungjawab mengenai kepenggunaan ketika ini.

"Perdana Menteri belum lagi melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hari Rabu ini sudah pasti isu kenaikan harga barang akan dibincang di peringkat Kabinet.            

Sekiranya telah ada menteri, maka tanggungjawab itu akan dipikul oleh menteri atau sekiranya Tun Dr Mahathir ingin menugaskan salah seorang menteri kabinet dahulu untuk mengambil tanggungjawab, itu kita tunggu arahan daripada Kabinet,” katanya.

Anggota Parlimen Pulai itu bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian di Kota Iskandar di sini, Ahad. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Salahuddin Ayub
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan