FB 'Datok Jamal Yunos' siapa punya? - Berita Semasa | mStar

FB 'Datok Jamal Yunos' siapa punya?

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2018 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat laman sosial Facebook menggunakan nama 'Datok Jamal Yunos' yang didakwa palsu.

Pegawai Khasnya, Mohd Azli Jaffar berkata, beliau meneliti laman Facebook palsu itu yang memuat naik dua status sejak Ahad.

Menurutnya, akaun Facebook itu didakwa dibuka pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan provokasi.

"Saya sahkan, akaun Facebook terbabit palsu dan bukan milik pemimpin terbabit," katanya.

Mohd Azli memberitahu, akaun Facebook rasmi Jamal dilihat tidak aktif sejak 10 hari lalu.

Selain itu  katanya, pihaknya turut kesal apabila tular 'screenshot' pada aplikasi WhatsApp bertajuk 'Kisah sedih Jamal Yunos'.

"Kami harap pelayar Facebook dan penduduk tidak tersalah anggap atau tertipu dengan status palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mengaibkan beliau (Jamal)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya bersama rakan lain dijangka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dalam waktu terdekat.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau menghilangkan diri, sebaliknya mendakwa berlaku salah faham kerana beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna.

Jamal menerusi rakaman suara yang dihantar beliau dalam aplikasi WhatsApp kumpulan media berkata, beliau bergegas keluar dari hospital itu kerana mengejar masa untuk mengeluarkan wang Tabung Haji bagi membiayai kos reman dan sebagainya.-SinarHarian


Tags / Kata Kunci: FB , Jamal Yunos
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan