“Kalau jumpa Azrul, saya suruh dia pakai cawat besi” – Syed Saddiq - Berita Semasa | mStar

“Kalau jumpa Azrul, saya suruh dia pakai cawat besi” – Syed Saddiq

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2018 9:27 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan kekesalannya terhadap tindakan seorang individu yang mengeluarkan komen melampau kepada Nurul Izzah Anwar.

Syed Saddiq turut bersimpati dengan nasib ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang diaibkan menerusi komen yang tidak wajar.

"Saya beritahu Nurul Izzah, kalau saya jumpa si Azrul tu, saya suruh dia pakai cawat besi di mata," kata Syed Saddiq di akaun Instagram miliknya, Sabtu malam.

Bagaimanapun, Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan serius menyatakan bahawa beliau mengagumi pendirian Nurul Izzah dalam menangani situasi tersebut.

"Saya kagum dengan kekuatan, kesabaran dan ketabahan YB (Yang Berhormat)," katanya sambil menambah bahawa sikap seksis tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjejaskan struktur moral masyarakat.

"Rakyat Malaysia…bersuaralah dan peranginya," ujar Syed Saddiq.

Nurul Izzah dihubungi lelaki terbabit ketika menjadi tetamu FBI Live yang dikendalikan Faizal Ismail dan Fara Fauzana pada 22 Mei lalu.

Sejak Jumaat lagi netizen terus mengecam Azrul susulan tegurannya terhadap anak timbalan perdana menteri itu, malahan rata-rata mereka menggelar pemanggil itu sebagai 'pervert' (sumbang laku).

Azrul membuat panggilan menerusi program itu dan menegur Nurul Izzah mengenai pemakainan tudungnya.

"YB kena berhati-hati sebab kadang-kadang YB pakai tudung terselak dan ternampak 'part' yang atas, yang tak sepatutnyalah. Pakai kebaya ketat, nampak tutup tulah."

Faizal cuba memendekkan perbualan, namun dalam pada sama lelaki tersebut terus memberitahu ada kalanya pemakaian Nurul Izzah menampakkan baju dalam dan buah dada.

Namun Nurul Izzah tidak cepat melatah, sebaliknya kelihatan tenang dan mengangguk-angguk tanda memahami teguran Azrul.

Dalam pada itu, menerusi status di Twitter, Nurul Izzah berkata, walaupun pada mulanya beliau terkejut tetapi kemudian rasa tersentuh dengan sensitiviti dan sikap mulia mereka yang mempertahankan hak wanita.

Tambah beliau lagi, wanita perlu tolak sebarangan kenyataan seksis dan sebaliknya memupuk penghargaan serta penghormatan yang lebih tinggi.

Tags / Kata Kunci: Syed Saddiq , cawat besi , Azrul , Nurul Izzah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan