Musa mungkin berada di London - Berita Semasa | mStar

Musa mungkin berada di London

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2018 10:49 AM

Keadaan di kediaman Musa di Sri Gaya, Sabah pada 10 Mei 2018.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kehilangan pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada orang awam dan polis mencetuskan pelbagai spekulasi tentang keberadaannya buat masa ini dan perancangan politiknya.

Rakan dan musuh politiknya tertanya-tanya tentang apa yang berlaku kepada Musa kerana beliau sedang dicari oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Musa dipercayai telah meninggalkan negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anifah tidak tahu di mana Musa berada

Sumber memberitahu The Star bahawa beliau berada di London pada Jumaat.

Musa dicari oleh polis atas dakwaan laporan intimidasi (ugutan) jenayah yang dikemukakan terhadapnya oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan SPRM kerana siasatan kes rasuah.

Pihak peguam Musa, Zahir Shah berkata, anak guamnya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak SPRM.

"Musa berkata SPRM dialu-alukan untuk memeriksa kediamannya," kata Zahir melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan.

Difahamkan, pegawai SPRM telah pergi ke dua rumah Muasa di Kota Kinabalu dan Sandakan beberapa hari lalu untuk melakukan pemeriksaan, namun tidak berjaya kerana kediaman itu tidak berpenghuni.

Tiada waran tangkap dikeluarkan ke atas Musa setakat ini.

Seorang sumber rapat yang enggan dikenali mendakwa, Musa akan tampil untuk menjawab segala soalan berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Juhar pada 14 Mei.

"Dia tidak lari," kata pegawai itu yang mengakui dia tidak mengetahui lokasi sebenar Musa yang kali terakhir dilihat pada mesyuarat Umno, dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur pada 16 Mei.

Tags / Kata Kunci: Musa Aman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan