Cemas bas ekspres terbakar di LPT - Berita Semasa | mStar

Cemas bas ekspres terbakar di LPT

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2018 7:48 AM

Gambar daripada Facebook.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 29 penumpang dan pemandu sebuah bas ekspress berhadapan dengan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer (km) 58 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik berkata kejadian yang berlaku pada pukul 1.40 petang itu menyebabkan bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub musnah sepenuhnya.  

"Bagaimanapun semua penumpang bas dapat menyelamatkan diri. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Raub dengan menaiki bas ganti," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Zainal Abidin menambah sebuah jentera bomba dengan lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 39 km daripada balai bomba Bentong.

Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 2.25 petang setelah mereka memastikan laluan itu selamat kepada semua pengguna lebuh raya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: bast terbakar , LPT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan