Anifah tidak tahu di mana Musa berada - Berita Semasa | mStar

Anifah tidak tahu di mana Musa berada

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2018 8:01 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anifah Aman (gambar) berkata, abangnya Tan Sri Musa Aman mampu berjuang dalam 'pertarungannya' sendiri.

Beliau mendakwa tidak mengetahui tentang di manakah pengerusi Barisan Nasional Sabah itu dan berkata kali terakhir bercakap dengan Musa adalah di Sri Gaya pada 9 atau 10 Mei lalu.

Anifah yang juga bekas menteri luar berkata, beliau tidak berhubungan dengan abangnya yang sedang dicari oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

ARTIKEL BERKAITAN: "SPRM bebas periksa rumah saya" - Musa Aman

Apabila ditanya sama ada beliau tahu di mana abangnya, Anifah berkata: "Dia tidak memerlukan pertolongan saya, dia boleh melawan pertempurannya sendiri".

"Saya telah bercakap dengan semua orang kecuali beliau (Musa), saya tidak menghubungi beliau," katanya kepada pemberita selepas majlis buka puasa bersama badan bukan kerajaan (NGO) MySabah di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Anifah, yang berusia empat tahun lebih muda daripada Musa, 67, berkata, hubungan mereka sebagai adik beradik tetap utuh adalah penting baginya.

"Apa yang saya mahu tahu adalah jika beliau dalam keadaan baik, jika tidak, saya akan bimbang. (Beliau patut) berehat.

"Beliau sudah terlalu lama dalam politik. Jadi, (beliau patut) berehat kemudian kembali dan lihat apa yang beliau mahu lakukan," kata Anifah.

Musa dicari oleh polis atas dakwaan laporan intimidasi (ugutan) jenayah yang dikemukakan terhadapnya oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan SPRM kerana siasatan kes rasuah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan