Tegur nampak buah dada: Bos anggap imaginasi Azrul sangat liar - Berita Semasa | mStar

Tegur nampak buah dada: Bos anggap imaginasi Azrul sangat liar

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2018 9:35 AM

Faizal, Nurul Izzah dan Farah Fauzana (kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara membuat teguran secara langsung kepada pemimpin muda Pakatan Harapan, Nurul Izzah Anwar, seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrul dikecam hebat di media sosial.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dihubungi lelaki terbabit ketika menjadi tetamu FBI Live yang dikendalikan Faizal Ismail dan Fara Fauzana pada 22 Mei lalu.

Sejak Jumaat lagi netizen terus mengecam Azrul susulan tegurannya terhadap anak timbalan perdana menteri itu, malahan rata-rata mereka menggelar pemanggil itu sebagai 'pervert' (sumbang laku).

Bagaimanapun, sehingga kiti identiti Azrul masih belum dapat dikenal pasti.

Sebahagian daripada komen netizen yang tidak berpuas hati dengan teguran Azrul.

Azrul membuat panggilan menerusi program itu dan menegur Nurul Izzah mengenai pemakainan tudungnya.

"Hari tu kita ada jumpa (Nurul Izzah) di Bernama. Sebab hari tu bertugas di situ.

"Nak share sikit, YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung dan terselak dan ternampak 'part' yang atas. Pakai kebaya ketat, nampak tutup tulah."

Faizal cuba memendekkan perbualan, namun dalam pada sama lelaki tersebut terus memberitahu ada kalanya pemakaian Nurul Izzah menampakkan baju dalam dan buah dada.

Namun Nurul Izzah tidak cepat melatah, sebaliknya kelihatan tenang dan mengangguk-angguk tanda memahami teguran Azrul.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio, Azlan Idris tampil memberi penjelasan mengenai Azrul yang merujuk kepada siaran temubual langsung di Bernama Radio atau berjumpa dengan Nurul Izzah selepas itu di Bernama pada 16 Mei 2018.

Nurul Izzah ketika hadir sebagai tetamu di Bernama 16 Mei lalu.

Katanya, jelas Azrul mempunyai 'pemikiran' serta 'imaginasi' yang sangat liar.

"Untuk pengetahuan semua, sesi temubual langsung bersama Nurul Izzah Anwar dikendalikan oleh saya sendiri dengan dibantu oleh Amar Yusof dan anda boleh melihat etika pemakaian pada sesi siaran tersebut yang cukup sopan sebagaimana umum mengenali beliau.

"Saya percaya, kita sebagai manusia dewasa boleh menilai etika pemakaian yang sopan berbanding imaginasi liar, dakwaan serta ungkapan oleh saudara Azrul," jelasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook lewat Jumaat malam.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , Azrul , Radio
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan