RoS dapat bos baharu, Surayati ditukar ke JPA - Berita Semasa | mStar

RoS dapat bos baharu, Surayati ditukar ke JPA

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang baharu berkuat kuasa 23 Mei lepas.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang telah bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.

Masyati merupakan Perunding Kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, katanya.- Bernama


Tags / Kata Kunci: RoS , Suryati
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan