Kata Anwar "beza tugas rasmi iringi TPM dan tugas rasmi peribadi" - Berita Semasa | mStar

Kata Anwar "beza tugas rasmi iringi TPM dan tugas rasmi peribadi"

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas mendapat kritikan netizen di media sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan isu beliau menaiki jet peribadi bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semuanya kerana tular gambar di mana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bersama isterinya dan anak-anaknya ketika tiba di Kota Bharu menaiki jet kerajaan untuk menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan pada Khamis malam.


"Pagi ini menaiki pesawat komersial biasa dari Subang ke Pulau Pinang. Tidak ada pesawat khas.

"Beza antara tugas rasmi iringi TPM, dan tugas rasmi peribadi," ujarnya dalam status di laman Instagramnya pada Jumaat.

Dalam masa itu anaknya, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan di laman Twitter bahawa perjalanan keluarganya ke Kelantan adalah atas jemputan rasmi kerabat diraja Kelantan.

"Jemputan rasmi, yang juga menjemput @drwanazizah sekeluarga. Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet utk bercuti dan keperluan peribadi.

"Terima kasih atas ingatan, kita sudah tentu tidak boleh kompromi."

Isu tersebut timbul selepas netizen mula mempersoalkan Anwar seolah-olah seperti isteri pemimpin terdahulu yang menyalahgunakan jet kerajaan untuk tujuan peribadi.

Bagaimanapun selepas penjelasan Anwar dan Nurul Izzah itu, netizen mula memahami dan menerimanya.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Wan Azizah , Jet Kerajaan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan