KWSP suri rumah: Dua peratus gaji suami, RM50 dana kerajaan - Berita Semasa | mStar

KWSP suri rumah: Dua peratus gaji suami, RM50 dana kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2018 12:44 PM

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.

Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.

"Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini Khamis.

Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Dr Wan Azizah tiba di kementerian itu pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha kementerian Datuk Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu.

Beliau kemudiannya mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat beliau di Aras 38.

Di pejabat menteri, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.

Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkeyakinan warga kerja kementerian itu akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

"Saya rasa kami akan menjadi satu pasukan yang baik," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: KWSP suri rumah , Dr Wan Azizah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan