SPRM jadi tumpuan, media tunggu ketibaan Najib - Berita Semasa | mStar

SPRM jadi tumpuan, media tunggu ketibaan Najib

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 9:16 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Puluhan media tempatan dan antarabangsa memenuhi pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, menanti ketibaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijangka hadir memberi keterangan kepada badan anti rasuah itu  bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

SPRM mengarahkan Najib supaya hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya  untuk membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya telah menyerahkan notis kepada Najib untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu pada 10 pagi ini untuk dirakam keterangan.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Jumaat lalu, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta untuk menghantar notis meminta Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: SPRM , Najib Tun Razak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan