Peguam Najib tarik diri beberapa jam sebelum ke SPRM - Berita Semasa | mStar

Peguam Najib tarik diri beberapa jam sebelum ke SPRM

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALAL LUMPUR: Hanya beberapa jam sebelum bekas Perdana Menteri memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua peguamnya, Harpal Singh Grewal dan M Athimulan telah memutuskan untuk menarik diri.

Harpal mengesahkan beliau menarik diri selepas mengadakan pertemuan di kediaman anak guamnya itu di Taman Dut, Isnin malam.

"Ya, saya sahkan kami (bersama Athimulan) sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.

"Bukannya disingkir tetapi kami menarik diri kerana ada pasukan peguam lain yang akan mengendalikan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi The Star.

Sebelum itu, sebuah portal berita melaporkan Harpal dan Athimulan telah disingkirkan daripada pasukan guaman Najib.

Laporan itu berkata kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya.

SPRM telah menyerahkan notis memanggil Najib untuk merakam percakapannya di ibu pejabat SPRM pada pukul 10 pagi Selasa.

SPRM sebelum ini menyiasat Najib berikutan deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya serta dana dari SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.


Tags / Kata Kunci: Harpal , Najib
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan