Status kenaikan satu tangga gaji ditentukan kerajaan baharu - KSN - Berita Semasa | mStar

Status kenaikan satu tangga gaji ditentukan kerajaan baharu - KSN

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 4:05 PM

Ali (kiri) hadir pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

Beliau berkata pengumuman kenaikan gaji melibatkan 1.6 juta penjawat awam, yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai depan, adalah janji kerajaan terdahulu.

Katanya, kini terpulang kepada kerajaan baharu untuk meneruskan pelaksanaan KGT itu atau sebaliknya.

"KGT itu janji kerajaan terdahulu...sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukannya.

"Kita ikut manifesto kerajaan sekarang. Kabinet baharu juga akan mula mesyuarat pertama esok dan kerajaan akan tentukan hal itu kemudian," katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Pengumuman kenaikan gaji itu dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu perdana menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) 4 April lepas, yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam di Putrajaya.

Najib berkata pemberian kenaikan gaji itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, dengan ia akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KGT , penjawat awam
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan