Bekas ketua setiausaha negara meninggal dunia - Berita Semasa | mStar

Bekas ketua setiausaha negara meninggal dunia

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 8:26 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Hashim Aman meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham merupakan seorang KSN yang dihormati ketika hayatnya.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang peramah dan mengambil berat serta sentiasa cuba meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke arah yang lebih baik.

“Saya ingat lagi waktu saya menyertai kadet pegawai tadbir diplomatik (PTD) pada tahun 1980, arwah (Hashim) banyak memberi tunjuk ajar dalam tugas-tugas melibatkan PTD. 

Allahyarham seorang yang berpengalaman luas dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Hashim,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara dan telah dikebumikan selepas solat Asar.

Allahyarham yang berusia 89 tahun, berkhidmat sebagai kakitangan awam selama hampir 27 tahun dan memegang pelbagai jawatan  antaranya, Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan sebelum dilantik sebagai KSN pada tahun 1980 hingga 1984.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Hashim Aman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan