PM mahu negara dilihat, dihormati sekali lagi - Berita Semasa | mStar

PM mahu negara dilihat, dihormati sekali lagi

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2018 10:04 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin mengadakan perjumpaan pertama dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak kembali menerajui pemerintahan negara setelah Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada 9 Mei.

Tun Mahathir tiba pada kira-kira 8.20 pagi, diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga JPM di Dataran Perdana, Perdana Putra, lebih awal daripada jadual asal ketibaannya pada 8.30 pagi, menerima tepukan sebaik sahaja beliau menaiki pentas.

“Saya bersyukur dapat sekali lagi memainkan peranan dalam pentadbiran di negara bertuah ini.

"Negara kita amat dihormati sebelum ini, tetapi kini tidak sama seperti dahulu, kita mesti memulihkan negara untuk memastikan ia dapat dilihat dan dihormati sekali lagi," ucapnya kepada pegawai-pegawai kerajaan di JPM.

Beliau meminta penjawat awam agar memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam pentadbiran negara.

"Selagi saya tidak melanggar mana-mana undang-undang, saya harap anda semua akan memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada saya sebagai Perdana Menteri.

"Saya mesti jelaskan bahawa mereka yang melakukan kesalahan perlu ditangani mengikut undang-undang," katanya.

Dr Mahathir juga berkata bahawa tiga tiang negara - eksekutif, badan perundangan dan kehakiman - akan dilaksanakan dengan baik dan kedaulatan undang-undang akan dipulihkan.

Beliau disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Tags / Kata Kunci: Tun M , JPM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan