Asrama sekolah tinggi Islam hampir musnah dalam kebakaran - Berita Semasa | mStar

Asrama sekolah tinggi Islam hampir musnah dalam kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2018 7:36 AM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Lima dorm yang menempatkan 85 pelajar lelaki Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Rembau hampir musnah dalam kebakaran awal pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd Fuad Majid berkata dalam kejadian 1.58 pagi itu, kesemua pelajar berkenaan dapat menyelamatkan diri daripada tempat kebakaran itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Asrama sekolah tinggi Islam di Rembau terbakar

"Lima dorm itu yang terletak di satu blok asrama lelaki didapati musnah 90 peratus.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian itu berlaku semasa semua pelajar sedang tidur.

"Pihak bomba pengambil masa kita-kira 30 minit untuk memadamkan api. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Mohd Fuad berkata seramai 20 pegawai dan anggota dari tiga balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Senawang dan Seremban diarah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

Tags / Kata Kunci: STIAS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan