Larangan perjalanan perlu ikut undang-undang - Berita Semasa | mStar

Larangan perjalanan perlu ikut undang-undang

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2018 9:06 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Larangan perjalanan dan penyiasatan terhadap individu tertentu termasuk bekas perdana menteri, harus ditangani mengikut proses undang-undang, kata ketua Pemuda Umno.

"Apa pun keputusan yang dibuat berhubung dengan larangan perjalanan dan penyiasatan mesti mengikut proses undang-undang yang wajar. Itu benar-benar penting," kata Khairy Jamaluddin.

Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu ketika diminta mengulas mengenai pemeriksaan yang dilakukan di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak sejak malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya saya sekat Najib sebab...”

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Bung Mokhtar turut bersetuju dengan Khairy dan berkata, tindakan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) untuk mengenakan larangan perjalanan kepada bekas perdana menteri adalah tidak boleh diterima.

"Inilah yang berlaku apabila parti yang telah menunggu untuk merebut kuasa menjadi kerajaan. Mereka akan menggunakan semua cara untuk merendahkan lawan mereka.

"Saya percaya rakyat memahami apa yang sebenarnya berlaku. Ini bukan perubahan yang mereka mahu. Najib mesti dilayan dengan adil," katanya.

Bekas Menteri Besar Melaka Tan Sri Ali Rustam pula berkata, tidak adil meletakkan Najib dalam senarai sekatan perjalanan.

"Saya harap mereka tidak akan menyekatnya terlalu lama," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Khairy Jamaluddin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan