Pertemuan Hsien Loong ibarat jumpa kawan lama - Berita Semasa | mStar

Pertemuan Hsien Loong ibarat jumpa kawan lama

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2018 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pertemuan antara kawan lama.

Itulah gambaran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Anwar berkata beliau mengenali Hsien Loong sejak pemimpin berusia 66 tahun itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Ia satu penghargaan dapat bertemu dengan PM Lee semula. Ia pertemuan antara kawan lama yang jarang bertemu untuk suatu ketika.

"Kami bukan sahaja berbual antara satu sama lain tetapi turut berbincang mengenai isu semasa.

"Kami percaya hubungan kukuh antara kedua-dua negara dan berharap ia akan pergi lebih jauh," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Hotel Marriott Putrajaya di sini Ahad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyifatkan pertemuan itu berjalan dengan baik.

"Kami semua bersetuju mengenai kepentingan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Singapura.

"Kami mengharapkan hubungan sedia ada diperkukuhkan," katanya.

Pertemuan tidak rasmi itu berlangsung selama sejam dan turut dihadiri isteri Hsien Loong, Ho Ching.

Ditanya sama ada isu Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) dibangkitkan, Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat Perdana Menteri.

"Hsien Loong berkata beliau mengharapkan kerjasama yang lebih baik. Butiran lanjut (kerjasama) akan diusahakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Lee Hsien Loong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan