Tun M tidak teruskan hasrat jadi menteri pelajaran, barisan Kabinet 2018 diumum - Berita Semasa | mStar

Tun M tidak teruskan hasrat jadi menteri pelajaran, barisan Kabinet 2018 diumum

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2018 6:46 PM

Dari kiri; Mohamad Sabu, Tun Mahathir, Wan Azizah dan Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk tidak meneruskan hasrat menyandang portfolio menteri pelajaran bagi menghormati manifesto Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian menerusi video yang diterbitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dimuat naik ke laman Facebook: 

"Itu adalah kedudukan manifesto dan saya tidak dapat melanggarnya buat masa ini... (kecuali) jika ada permintaan yang perlu saya ambil pelajaran. 

"Manifesto PH telah menjanjikan bahawa Perdana Menteri tidak akan mengambil jawatan menteri lain, terutamanya menteri kewangan."

Terkini, Dr Mahathir telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli-Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan yang baharu.

Upacara angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada Isnin ini, pukul 11.30 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

BERIKUT ADALAH SENARAI KABINET 2018:

Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir Mohamad

Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 

Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Pelajaran: Dr Maszlee Malik

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin 

Menteri Kewangan: Lim Guan Eng

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook 

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo 

Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran V. Murugeson

Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub

Menteri Kesihatan: Dr. Dzulkefly Ahmad

Tags / Kata Kunci: Tun M , Mahathir , Kabinet 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan