PM, TPM ketuai kementerian tidak bertentangan manifesto PH - Anwar - Berita Semasa | mStar

PM, TPM ketuai kementerian tidak bertentangan manifesto PH - Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2018 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memegang dua jawatan dalam Kabinet tidak bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH),  kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Janji ke-12 dalam manifesto PH menyebut perdana menteri tidak boleh memegang jawatan kementerian, terutamanya sebagai menteri kewangan.

“Saya tidak fikir ia bertentangan (dengan manifesto). Sefaham saya, perdana menteri bukanlah satu portfolio.

“Perdana menteri mentadbir negara secara umum, begitu juga timbalan perdana menteri.

“Ini bukan portfolio,” kata ketua umum PH itu dalam temubual bersama The Star, Khamis.

Beliau mengulas pengumuman Dr Mahathir yang turut mengetuai porfolio Kementerian Pelajaran, manakala timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sebagai menteri hal ehwal wanita dan kebajikan.

Anwar menegaskan perkara itu tidak menjadi masalah kerana kedua-dua pemimpin berkenaan bukan memegang jawatan menteri kewangan.

Tags / Kata Kunci: Mahathir , Anwar , Kabinet
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan