SKMM jelas isu sekat laman live.undi.info pada malam PRU14 - Berita Semasa | mStar

SKMM jelas isu sekat laman live.undi.info pada malam PRU14

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2018 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan tindakan menyekat keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di laman live.undi.info pada malam PRU adalah disebabkan kebimbangan terhadap keputusan yang dikhuatiri tidak betul.

Melalui posting yang dimuat naik di Facebook SKMM, institusi itu berbuat demikian selepas menerima laporan daripada orang awam mengenai keputusan dan maklumat yang dipaparkan di laman itu tidak tepat.

"Bagaimanapun, selepas menyemak kandungan yang dipaparkan, kami menarik balik sekatan kerana kriteria yang digunakan tidak lagi relevan pada masa ini," menurut SKMM.

Kumpulan advokasi ketelusan digital, Sinar Project mengeluarkan laporan pada 16 Mei menyatakan, laman web itu disekat pada malam hari mengundi (9 Mei).

Ia mendakwa terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telah menyekat laman web itu selama beberapa jam selepas pukul 9.55 malam menggunakan kaedah yang dikenali sebagai Perampasan Nama Domain (DNS).

Perampasan DNS berfungsi dengan mengalihkan pengguna dari pelayan (server) yang diminta kepada yang lain.

Dalam kes ini, ia tidak membawa pengguna ke halaman keputusan PRU14, sebaliknya 'menghantar' mereka ke laman yang memaparkan notis SKMM.

SKMM turut menyatakan bahawa ia tidak mempunyai alasan untuk terus menyekat Sarawak Report kerana laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dibuka kepada orang awam.

Sebelum ini, Sarawak Report telah disekat oleh SKMM sejak Julai 2015 sebagai reaksi kepada aduan bahawa laman web itu memaparkan maklumat yang tidak berasas walaupun siasatan 1MDB sedang dijalankan.

SKMM berkata, sebarang tindakan yang diperlukan untuk menyekat mana-mana laman web adalah selari dengan undang-undang negara.

"Mana-mana kandungan pornografi, atau unsur yang mengancam atau kasar akan disekat, berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai, ini semua dilakukan untuk mengekalkan ketenteraman awam," katanya.

Tags / Kata Kunci: SKMM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan