Izzah, Khalid tidak setuju serbuan dibuat 'pagi-pagi buta' - Berita Semasa | mStar

Izzah, Khalid tidak setuju serbuan dibuat 'pagi-pagi buta'

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2018 4:36 PM

Nurul Izzah (kiri) dan Khalid (kanan) tidak bersetuju dengan tindakan polis melakukan serbuan di rumah Najib sehingga lewat pagi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengkritik serbuan yang diadakan sehingga lewat pagi di kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sebagai bekas 'mangsa' serbuan awal pagi yang dilakukan di rumahnya dahulu, beliau amat tidak bersetuju dengan situasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penahanan, polis angkut beg, hadiah, pakaian - Peguam Najib

"Saya harus menekankan bahawa saya tidak setuju penggeledahan di mana-mana rumah pada pagi buta.

"Dakwa, siasat, cermat. Prinsip keadilan dan berhikmah sentiasa terpakai @PDRMsia," tulis Nurul Izzah ketika memberi reaksi terhadap laporan media mengenai serbuan itu.

Sementara itu, pengarah komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad turut bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah berkenaan isu terbabit.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk memalukan atau melanggar hak sehingga ke tahap itu biarpun siasatan harus dijalankan.

"Bagi menyelesaikan siasatan, lakukan pendakwaan. Tiada sebab untuk siasat sampai pukul 4 pagi. Saya pernah alaminya pada pukul 2.30 pagi," katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat tentang serbuan ke kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilakukan pada waktu malam.

Beliau berkata, serbuan yang dilakukan pihak polis pada Rabu malam itu adalah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , Khalid Samad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan