Anwar kini Top Six PH - Berita Semasa | mStar

Anwar kini Top Six PH

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2018 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sehari selepas dibebaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum mengisi kedudukan enam teratas dalam Majlis Kepemimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Penasihat PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, badan kecil melibatkan enam pemimpin tertinggi itu akan bersidang sekiranya ada masalah yang memerlukan keputusan dibuat dengan segera.

"Kita terima masuk Anwar menjadi Top 6. Kita mungkin akan berjumpa lebih kerap.

"Mungkin apabila ada masalah kami akan bersidang untuk memutuskan perkara penting dengan segera," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata perkara berkaitan dasar pula akan dibincangkan di peringkat mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan bersidang setiap bulan.

Sebelum ini, Majlis Kepemimpinan Tertinggi PH dianggotai empat presiden parti komponen dan Dr Mahathir selaku penasihat.

Anwar yang dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu kembali semula ke pentas politik selepas mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Berikutan pengampuan itu beliau bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah dan boleh terlibat dalam poliltik serta bertanding pada pilihan raya untuk membolehkannya menjadi Ahli Parlimen.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Tun M
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan