VIP dilihat memasuki pejabat PM - Berita Semasa | mStar

VIP dilihat memasuki pejabat PM

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 9:40 AM

Tan Sri Dzulkifli Ahmad kembali ke Pejabat Peguam Negara.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Beberapa 'pelawat' berpangkat tinggi dilihat memasuki pejabat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Ketibaan beberapa VIP itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan pengamal media yang berkumpul di pintu masuk ke bangunan tersebut.

Mereka yang dilihat memasuki bangunan tersebut adalah Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Turut kelihatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Bagaimanapun kehadiran Gani menimbulkan banyak persoalan kerana peranannya dalam pasukan petugas khas dalam 1MDB dan SRC International.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang tiba kira-kira pukul 3.25 petang berkata beliau dipanggil Dr Mahathir ke pejabatnya tetapi enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu.

"Saya dipanggil untuk bertemu dengan beliau," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tun M , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan