RoS lulus pendaftaran PH - Berita Semasa | mStar

RoS lulus pendaftaran PH

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti politik yang sah.

Sijil pendaftaran gabungan itu telah mula diedarkan menerusi media sosial pada Rabu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PH, Saifuddin Abdullah kepada Malaysiakini.


Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim membuat keputusan untuk meluluskan pendaftaran PH selepas seminggu gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Kemenangan PH ini sekali gus telah menafikan kuasa kerajaan pimpinan Barisan Nasional sejak 61 tahun lalu.

Menerusi PRU14, komponen parti PH merangkumi DAP, PKR, Bersatu dan Amanah telah bertanding menggunakan logo PKR selepas gagal mendaftarkan gabungan itu.



Tags / Kata Kunci: PH , RoS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan