Pengamal media penuhi perkarangan hospital - Berita Semasa | mStar

Pengamal media penuhi perkarangan hospital

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 10:56 AM

Warden penjara mengawal pintu masuk di Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengamal media mula berkumpul di perkarangan masuk Unit Kemasukan Pesakit Wad di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sejak 7 pagi tadi, berikutan pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijangka hari ini.

Kawalan keselamatan di pintu masuk Hospital Rehabilitasi Cheras diketatkan dengan pemeriksaan dilakukan pengawal keselamatan terhadap setiap kenderaan yang ingin masuk.

Tinjauan mendapati penyokong Anwar, hanya dibenarkan berkumpul di luar pintu masuk atas faktor keselamatan.

Pengarah Komunikasi PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil ketika ditemui berkata beliau yakin tiada perubahan atau penangguhan berhubung pembebasan Anwar Ibrahim yang ditetapkan hari ini.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara di Penjara Sungai Buloh sejak Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan