Latar agih 7,000 pek kurma - Berita Semasa | mStar

Latar agih 7,000 pek kurma

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 6:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) akan mengedarkan 7,000 pek kurma sempena  Ramadan kepada pengguna lebuh raya itu bermula Khamis.

Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya Latar, Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata, inisiatif itu sebagai simbolik pihak Latar bersama pengguna meraikan kedatangan bulan yang mulia ini.

“Pek kurma itu akan diagihkan kepada pengguna Lebuhraya Latar yang melalui Plaza Tol Ijok, Kuang Barat, Kuang Timur, Kundang Barat, Kundang Timur dan Taman Rimba Templer bermula jam 4.30 petang.

“Program pemberian kurma kepada pengguna Lebuhraya Latar adalah program tahunan khas sempena menyambut bulan Ramadan selain menjadi tanda penghargaan dan khidmat masyarakat,” katanya.

Ahmad Fuad berkata, pemberian pek kurma ini memudahkan pengguna yang terpaksa berbuka puasa ketika masih dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada pengguna Latar,” katanya.-SinarHarian


Tags / Kata Kunci: Latar , kurma
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan