Kadar sifar GST bermula 1 Jun - Berita Semasa | mStar

Kadar sifar GST bermula 1 Jun

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun 2018, kata Kementerian Kewangan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian berkata pengurangan kadar dari  6 peratus hingga 0 peratus sekarang akan dilaksanakan di seluruh negara sehingga pengumuman selanjutnya dibuat.

Keputusan ini tidak termasuk barang dan perkhidmatan yang disenaraikan dalam Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Pengecualian) 2014 yang dikecualikan daripada GST.

"Oleh itu, semua peniaga yang berdaftar mesti mengikut keputusan kadar sifar sekarang. Pada masa yang sama, perniagaan berdaftar masih tertakluk kepada semua peraturan semasa," kata Kementerian.

Tags / Kata Kunci: GSt , sifar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan