Tiong Lai ambil tanggungjawab penuh kekalahan MCA - Berita Semasa | mStar

Tiong Lai ambil tanggungjawab penuh kekalahan MCA

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2018 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau tidak akan meminta agar pilihan raya diadakan semula.

Kekalahan yang berlaku menunjukkan prestasi parti yang lemah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), katanya.

MCA memenangi hanya satu kerusi Parlimen dan dua kerusi di bawah tiket Barisan Nasional pada Rabu.

Tiong Lai yang merupakan Ahli Parlimen Bentong sejak 1999 turut gagal mempertahankan kerusinya.

"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, saya tidak akan meminta pilihan raya diadakan semula dan mengambil tanggungjawab penuh di atas prestasi parti saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa parti di sini pada Jumaat.

Pada PRU14, MCA bertanding 39 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan