Musa Aman umum barisan Kabinet baharu Sabah - Berita Semasa | mStar

Musa Aman umum barisan Kabinet baharu Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2018 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengumumkan barisan kabinet terbaharu untuk negeri itu selepas mengangkat sumpah jawatan malam tadi.

Musa berkata 10 pemimpin - Datuk Seri Masidi Manjun, Datuk Hajiji Noor, Sabah STAR's Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Bobbey Suan, Datuk Ellron Angin, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Jahid Jahim, Datuk Masiung Banah, Datuk Musbah Jamli dan Datuk Anita Baranting - dilantik sebagai menteri penuh.

Masidi, Hajiji dan Jeffrey akan mengisi jawatan timbalan ketua menteri.

Masidi merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Hajiji merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur manakala Jeffrey pula merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Bobbey dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas manakala Ellron merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Jahid pula merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Musbah Jamil menjawat Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat manakala Anita pula merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

"Saya akan mengumumkan nama timbalan menteri dan enam Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan kemudian," kata Musa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memilih pemimpin pilihan mereka dan STAR Sabah yang bersetuju membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Tags / Kata Kunci: Kabinet Sabah , PRU14
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan