Kerajaan baharu Pakatan umum 10 kementerian utama - Berita Semasa | mStar

Kerajaan baharu Pakatan umum 10 kementerian utama

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2018 12:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 kementerian yang akan membentuk kabinet awal kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri juga memaklumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara selepas mesyuarat Majls Presiden PH, semua 10 kementerian terlibat adalah seperti berikut:

1. Kementerian Kewangan

2. Kementerian Dalam Negeri

3. Kementerian Pertahanan

4. Kementerian Pendidikan

5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar

6. Kementerian Ekonomi

7. Kementerian Kerja Raya

8. Kementerian Pengangkutan

9. Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi

10. Kementerian Luar Negara

"Setelah perbincangan secara mendalam, kami putuskan buat masa ini kami akan wujudkan Kabinet kecil bagi Kabinet penting dan bukannya Kabinet penuh.

"Buat masa ini juga kami hanya menamakan kementerian bukan menteri terlibat kerana mahu memberi masa kepada parti untuk mengadakan mesyuarat bagi memutuskan kementerian yang ingin mereka terajui dan siapa calon mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata satu mesyuarat penuh Majlis Presiden Pakatan Harapan akan diadakan esok bagi membincangkan mengenai nama-nama calon yang akan mengisi senarai 10 kementerian berkenaan.

"Pada mesyuarat itu kami akan pilih nama dan 10 kementerian yang perlu diisi. Ia akan ditentukan dan diisi esok," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mahathir , PH , kabinet
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan