BN hormati suara rakyat - KJ - Berita Semasa | mStar

BN hormati suara rakyat - KJ

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2018 4:32 AM

Khairy dilihat keluar dari kediaman Najib di Taman Duta. -foto THESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bersedia menerima kehendak rakyat, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengeluarkan kenyataan pada Khamis (10 Mei).

"Jelas sekali, kami akan menerima kehendak rakyat dan perdana penteri akan mengeluarkan satu kenyataan.

"Pagi esok, kami akan mengadakan sidang akhbar," katanya kepada pemberita di hadapan kediaman peribadi Najib di sini awal pagi Khamis.

Beliau dilihat tiba di kediaman Najib kira-kira pukul 1 pagi.

Khairy berkata BN juga akan menghormati keputusan pilihan raya.

"Apa pun, kita perlu menghormati kehendak rakyat.

"Kami perlu memastikan keputusan pilihan raya ini dihormati dan kami teruskan perjuangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: PRU14 , Khairy Jamaluddin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan