Tunjuk jari berdakwat untuk tebus makanan percuma - Berita Semasa | mStar

Tunjuk jari berdakwat untuk tebus makanan percuma

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2018 10:11 AM

Masala Wheels menawarkan nasi daun pisang beli satu percuma satu kepada pengundi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Demi menggalakkan rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini, sesetengah restoran menawarkan makanan dan minuman percuma atas alasan sama.

Mesej itu jelas. Undi dan tunjuk jari telunjuk kiri berdakwat dan anda boleh menebus makanan dan minuman secara percuma.

Penduduk di Bangsar yang sudah selesai mengundi pada waktu pagi di sekitar Jalan Bangkung bolehlah singgah di restoran Lucky Bo yang dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak pada harga hanya 10 sen berbanding harga asal RM5.

Malah, orang ramai boleh memandu ke rangkaian restoran Teh Tarik Place di The Curve atau Empire Shopping Gallery atau IOI Mall di Puchong yang menawarkan teh tarik pada setengah harga untuk semua pengunjung sepanjang hari.

Bagi anda yang terlepas nasi lemak untuk sarapan pagi, jangan bimbang.

Tiki Taka di Medan Damansara turut menawarkan nasi lemak percuma kepada pengundi dan restoran itu hanya dibuka bermula pukul 4 petang.

Pengundi juga boleh menuntut nasi lemak percuma dan teh tarik dari rangkaian restoran di bawah The Big Group.

Terhad kepada 200 setiap restoran, pengundi boleh mendapatkan tawaran percuma itu di Plan B dekat Publika, Mid Valley dan di Ipoh, Ben Pavillion, Suria KLCC, The Gardens Mall, Publika dan Bangsar Shopping Centre.

Bukan itu saja, pengundi di Petaling Jaya juga boleh menikmati hidangan makan tengah hari nasi daun pisang di Masala Wheels yang menawarkan beli satu percuma satu.

Ia akan dibuka antara tengah hari dan 2.30 petang.

Epic Fit Meals turut menawarkan Burger Chummy secara percuma kepada pengundi di tiga rangkaian restorannya yang terletak di Damansara Perdana, Bandar Sunway dan Mont Kiara hari ini.

Di Pulau Pinang, anda boleh cuba Kio-Ka Noodles di Jalan Bishop yang menawarkan 100 mangkuk kuey teow percuma kepada pengundi.

Pengasasnya Ben, Low Ewe Sin berkata hidangan mi tersebut hanya akan dihidangkan berdasarkan siapa cepat dia dapat bermula pukul 3 petang hingga 6 petang ini.

Tags / Kata Kunci: PRU14
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan