‘Bonda masih marah Nik Omar’ - Berita Semasa | mStar

‘Bonda masih marah Nik Omar’

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2018 3:56 PM

Tuan Sabariah (kanan) masih tersenyum walaupun enggan memberi sebarang komen ketika ditemui di pusat pengundian.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Isteri bekas Mursyidul Am PAS, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak sehingga kini masih marah dengan anak keduanya yang memilih untuk menyertai Pakatan Harapan (Harapan).

Anak kelima Allahyarham, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sejak tempoh penamaan calon, beliau dan keluarga tidak pernah bertemu mahupun berhubung dengan abang kedua, Nik Omar.

“Bonda (Tuan Sabariah) sendiri masih marah dengannya kerana menyertai pakatan pembangkang tanpa memaklumkan keluarga.

“Bonda sendiri sudah beberapa kali menolak permintaan Nik Omar dan melarang keras dia sertai pembangkang,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di pusat pengundian Dun Panchor di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti, tadi.

Sementara itu, Tuan Sabariah yang ditemui di pusat pembuangan undi sama, enggan memberi sebarang komen. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Tuan Sabariah , Nik Omar , PRU14
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan