Najib yakin BN kekal kuasai Putrajaya selepas PRU14 - Berita Semasa | mStar

Najib yakin BN kekal kuasai Putrajaya selepas PRU14

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2018 10:42 PM

Najib bersama Musa pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Penampang di Dewan Hongkod Koisaan, Ahad malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini berikutan penerimaan rakyat di seluruh negara.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat terhadap BN yang disifatkannya "luar biasa" , termasuk daripada Sabah dan Sarawak.

“Saya amat berkeyakinan… apatah  lagi sokongan daripada (rakyat)  Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri lain.

“Pasti kita akan menang. Yakinlah BN di peringkat pusat akan menjadi kawan sejati kepada orang-orang Sabah,” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di sini, malam Ahad.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, serta calon Parlimen Penampang Caeser Mandela Malakun, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin dan DUN Kapayan, Datuk Francis Goh. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan