Ku Nan tiada kuasa pecat sesiapa - Daim - Berita Semasa | mStar

Ku Nan tiada kuasa pecat sesiapa - Daim

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2018 4:45 PM

Daim Zainuddin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: “(Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) tiada kuasa untuk memecat sesiapa.”

Demikian respons bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung pemecatannya sebagai ahli Umno.

Pemimpin yang pernah berkhidmat pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, Umno merupakan satu pertubuhan haram.

“Sebagai setiausaha agung, Tengku Adnan bertanggunjawab terhadap kekacauan yang berlaku pada hari ini,” katanya.

Selain Daim, Umno turut memecat dua pemimpin veteran lain yang lantang mengkritik parti itu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.

Menurut Tengku Adnan, surat pemecatan yang ditandatanganinya itu sudah dihantar kepada tiga tokoh tersebut, Jumaat.

Daim sebelum ini membuat kejutan apabila muncul dalam kempen Pakatan Harapan (Harapan) di Pelabuhan Klang dan Lembah Pantai. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Daim Zainuddin , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan