Chong Wei, Tony Fernandes gamatkan gelanggang badminton di Bentong - Berita Semasa | mStar

Chong Wei, Tony Fernandes gamatkan gelanggang badminton di Bentong

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2018 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Dua nama besar di Malaysia hadir menggegarkan bandar ini pada Rabu.

Penduduk sekitar tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pemain badminton negara,
Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes datang memberikan sokongan kepada presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong semasa tempoh berkempen.

Penonton bersorak dan menyerbu Chong Wei sebaik pemain itu keluar dari keretanya ketika beliau tiba di dewan orang ramai Simpang Pelangai, kira-kira 65 kilometer (KM) dari sini.

Pemegang pingat perak Olimpik itu menyertai Tiong Lai dan isterinya, Datin Seri Lee Sun Loo; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Fernandes untuk berlawan dengan penduduk setempat.

Ratusan penduduk memenuhi gelanggang untuk menyaksikan perlawanan itu.

Para penonton bersorak sepanjang perlawanan itu terutama apabila kedua-dua pasukan enggan menyerah kalah dan membuat pukulan serangan yang berterusan.

Sebelum ini, Kelab Belia Bentong digandingkan bersama pemain badminton setempat.

Chong Wei memberitahu pemberita, dia dan ahli parlimen Bentong mengenali antara satu sama lain sejak beliau bergelar Menteri Belia dan Sukan.

"Kami sering bertemu di pelbagai acara. Kami juga meluangkan masa untuk makan malam bersama.

"Beliau adalah kawan baik saya, dan saya di sini untuk memberikannya sokongan moral," kata Chong Wei.

Sementara itu, Fernandes pula berkata, aktiviti itu membuka matanya untuk memandu ke tempat seperti Sungai Pelangai dan menikmati pemandangan kawasan penempatan penduduk sepanjang perjalanan tersebut.

"Kami rasa Bentong ada begitu banyak potensi.

"Seperti mana AirAsia menerokai tempat dan destinasi baharu, program badminton seperti ini membawa saya menjelajah Bentong," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Tony Fernandes
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan