Pencalonan Tian Chua ditolak - Berita Semasa | mStar

Pencalonan Tian Chua ditolak

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2018 12:06 PM

Tian Chua

Tian Chua.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pencalonan Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditolak berikutan denda RM2,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Shah Alam.

Keputusan itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain.

Seramai empat calon akan bertanding bagi kerusi Parlimen Batu, Datuk Dr Dominic Lau dari BN-Gerakan, Azhar Yahya (PAS) serta dua lagi calon bebas, P. Prabakaran dan, S. Raja Panjamurthy.

Prabakaran merupakan pelajar jurusan undang-undang berusia 22 tahun manakala Panjamurthy adalah bekas anggota MIC.

Tags / Kata Kunci: Tian Chua
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan