“Tak puas hati, hantar petisyen” - SPR - Berita Semasa | mStar

“Tak puas hati, hantar petisyen” - SPR

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2018 4:21 PM

Mohd Hashim ketika mengadakan sidang media khas SPR sempena penamaan calon PRU14, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mana-mana calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan penamaan calon yang diumumkan pada Sabtu boleh mengemukakan petisyen untuk mendapatkan keadilan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, keputusan yang dibuat semasa proses pencalonan ditentukan oleh pegawai pengurus (RO) pilihan raya dan calon yang tidak dibenarkan bertanding boleh menghantar petisyen sebagai bantahan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pencalonan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Dr. S. Streram yang ditolak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tanya calon PKR sendiri, saya tak perlu jawab”, kata KJ kepada Rafizi

ARTIKEL BERKAITAN: Pencalonan Tian Chua ditolak

"Sesiapa yang merasai yang dia perlu membantah, dia boleh buat bantahan, buat petisyen dan kemukakan di dalam mahkamah nanti.

"Saya rasa kalau kita nak bersoal jawab di sini pun, kita duduk di sini... yang berlakunya di tempat mereka itu," katanya pada sidang media khas SPR berkenaan penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, merujuk kepada kes Tian Chua.

Tambah Mohd Hashim, permohonan calon yang ditolak pada Sabtu juga tidak bermaksud mereka tidak boleh bertanding kerana jika petisyen dikemuka atau bantahan dibuat, keputusan akan ditentukan oleh mahkamah.

"Kita jangan kata dia tidak boleh bertanding, kita tidak tahu apakah keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah nanti.

"Kalau tidak sempat pun, kan ada macam-macam cara pilihan raya ini? Bila ia dibawa ke mahkamah, bila perbicaraan akan diadakan dan apa keputusan yang dibuat mahkamah, kita (SPR) akur sahaja," kata beliau.


Permohonan Streram (kiri) dan Tian Chua (kanan) untuk bertanding ditolak.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan, pencalonan Tian Chua untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu pada PRU14 ditolak berikutan denda RM2,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Shah Alam.

Mengulas mengenai kes melibatkan Streram yang gagal menyerahkan borang penamaan calon kerana tidak mempamerkan pas calon yang dikeluarkan oleh SPR beliau berkata: "Saya sedang menunggu laporan penuh daripada pegawai pengurus pilihan raya, kita tunggu dulu laporannya. Kita tak boleh buat tuduhan.

"Dalam jangka masa ini jika pihak terlibat tak puas hati boleh kemukakan petisyen, tak ada masalah," katanya.

Tags / Kata Kunci: PRU14 , Tin Chua , S. Streram
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan